Berikut adalah ciri-ciri yang harus ada pada setiap isteri yang diingini dan dicintai oleh suami:-
1. Akur pada suami. Sentiasa jujur, ikhlas dan taat pada suami.
2. Berkelakuan baik terhadap suami. Jangan menyakiti hati suami dengan
tingkah laku, bahasa ataupun tindakan. Sebaliknya, menjadi isteri yang
'melegakan' setiap kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai suami
menderita makan hati dalam diam. Sifat yang harus dielak ialah
berleter, budy body ataupun bermasam muka.
3. Jangan bebankan suami. Ada isteri terlalu 'demand', meminta itu dan
ini sehingga suami pening kepala untuk memenuhi kehendak dan impian
isteri. Jangan sampai suami terpaksa menerima rasuah atau salah guna
kuasa semata-mata ingin memenuhi permintaan isteri.
4. Sentiasa bersolek untuk suami. Ramai isteri tidak suka bersolek di
rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada isteri yang merasakan
mereka sudah tua dan tidak perlu bersolek hatta mengenakan sedikit gincu
untuk kelihatan cantik di mata suami. Sedangkan menjadi fitrah lelaki
sukakan kecantikan terutama melihat seorang wanita yang menawan.
Walaupun suami tidak pernah bersungut tetapi hakikatnya mereka suka
melihat jika isteri bersolek seadanya agar sentiasa kelihatan manis dan
menarik. Sebolehnya, ubah imej mengikut citarasa suami.
5. Suka sanggah dan menolak permintaan suami. Jangan biar malaikat
melaknat isteri yang menderhaka atau sering menyanggah cakap suami.
6. Sentiasa mengingatkan dan berpesan pada suami dalam apa jua perkara.
7. Perlu ada rasa takut dan hormat pada suami. Ia dapat elak daripada buat perkara tidak baik.
8. Jangan membelakangkan suami. Mesti minta izin suami terlebih dahulu
walaupun tahu suami tidak marah. Ia sebagai cara menghormati suami.
Biarpun perkara kecil, setiap isteri perlu menjaga hati suami.
9. Jaga harta suami. Ia adalah amanah kepada setiap isteri dan jangan
sesekali menyalah guna ataupun menggunakannya untuk kepentingan sendiri.
10. Isteri kena minta maaf segera jika buat salah atau menderhaka pada
suami. Jadikan ia amalan biasa dan jangan sesekali lengahkan, buat
tidak tahu ataupun tunggu Hari Raya untuk minta maaf. Sesungguhnya
isteri sebegini sentiasa dilaknat para malaikat.
11. Solat bersama suami. Jangan hanya tunggu apabila ada masalah,
sebaliknya jadikan ia amalan harian untuk merapatkan hubungan dan
mengelakkan menderhaka kepada suami.
12. Jangan perkecilkan pemberian suami biarpun tidak seberapa.
Sebaliknya kena berterima kasih dan hormati diri nya sebagai suami
terutama bagi isteri yang berkedudukan dan berkerjaya tinggi.
13. Perlu bermuka manis dan senyum pada suami. Isteri sedemikian akan dimuliakan di akhirat.
14. Pandang muka suami bila bercakap. Lihat dan tenung dengan penuh
kasih sayang. Ia lebih dekat di hati. Bukan bercakap membelakangkan
atau sambil buat kerja.
15. Jangan bawa virus barah (pergaduhan) dalam rumah tangga. Jangan
biar suami berubah hati dan mencari wanita lain. Awas! punca suami
kahwin lain ialah kerana ada benda yang tidak ada pada isteri.
16. Jangan terlalu kongkong suami. Beri kebebasan dengan batasan yang
wajar. Jangan kerana terlalu prasangka sampai asyik telefon bertanya
suami di mana, sentiasa bertekak, check telefon suami hingga suami tiada
privasi.
17. Urut badan suami selepas balik kerja. Walaupun penat tetapi
satu-satunya cara memikat suami ialah dengan memberi sentuhan pada
suami.
18. Jaga makan minum suami. Guna ayat-ayat al-Quran dan bukannya bomoh
untuk menambat hati suami. Ingatlah doa adalah lebih mujarab.
Hulurkan segelas air setiap kali suami pulang dari kerja.
No comments:
Post a Comment